Rabu, 5 Februari 2014



PENGENALAN: Apa itu lebah kelulut?

Kelulut adalah sejenis serangga dan berbeza dengan lebah madu biasa. Ianya tanpa sengat atau meliponini yang tidak membahayakan manusia. Jangka hayatnya ialah dua bulan, manakala ratu kelulut pula dua tahun. Saiznya hanya 3 hingga 8 milimeter dan bergerak sangat lincah. Namun, ia boleh menghasilkan madu seperti lebah madu. Ia boleh ditemui di hutan hujan tropika dan amat sesuai dengan iklim seperti dinegara kita iaitu malaysia. Habitat asal kelulut ialah di permukaan batang pokok-pokok di kawasan hutan. Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. 

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Kelulut menjadikan resin di pokok jenis dipterocarp seperti meranti, keruin, dan merawan di kawasan hutan sebagai sumber pemakanan untuk dibawa pulang ke sarang. resin pokok-pokok hutan itu mengandungi antioksida yang tinggi. Ia merupakan agen pembersih bahagian dalaman badan yang membantu meransang sel ketahanan tubuh manusia.
Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi. Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan