Rabu, 5 Februari 2014


ASLI ATAU TIDAK?

Assalamualaikum.... Jika ditengok pada gambar di atas kita pasti tertanya-tanya adakah itu adalah salah satu ujian untuk mengenal pasti sesuatu madu itu asli atau tidak? Hehe... Ok hari ini saya sebagai seorang pengedar madu hendak berkongsi tips bagaimana caranya untuk mengetahui keaslian madu. 

Hari ini banyak mitos-mitos tentang bagaimana untuk mengetahui keaslian madu yang belum tentu betul atau tidak kerana tiada teori dari segi saintifik mahu pun dari segi kajian. Jadi di sini saya lampirkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh orang-orang yang betul-betul berpengalaman dalam bidang madu yang mungkin boleh diguna pakai untuk kesejahteraan diri kita dari ditipu oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang semata-mata mahukan keuntungan... Kekeke (Kajian yang saya lampirkan ini bukanlah dari pengalaman saya sendiri tetapi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai).

Antara mitos-mitos yang sering digunakan oleh kita tentang madu:
  1. Semut: Ini kerana madu asli/lebah kelulut/lebah biasa turut dihurungi semut kerana madu asli juga mengandungi glukosa "monosaccharide" yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik (juga mengandungi glukosa "polisacharide"). Namun, memang ada yang tidak didekati semut kerana terdapat madu asli yang akan mengeluarkan gas (madu asli segar) yang akan membuatkan semut tidak tahan tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. Maka, semut bukanlah petunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  2. Peti Sejuk: Madu asli mengandungi kandungan air pada kadar 18-22 peratus. Maka, madu asli tetap akan mengeras jika dibiarkan terlalu lama di dalam peti sejuk beku. Namun, terdapat juga madu asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Maka, peti sejuk bukanlah petunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu.
  3. Pembentukan Mendapan Kristal: Madu asli juga mengalami pengkristalan/mendakan "nuclei" sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Ini kerana, madu asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu "supersaturated" secara spontan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Maka, terdapat pengkristalan bukanlah petunjuk yang tepat dalam pengujian madu.
  4. Telur: Madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur separuh masak. Si penipu akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan separuh masak. Awas, sangat berbahaya terhadap kesihatan organ dalaman!
  5. Sudu Besi: Tiada kajian ilmiah di dalam memberi penjelasan larangan penggunaan sudu yang diperbuat daripada besi. Seandainya, terdapat tindakbalas yang kritikal pastinya akan terus mengubah warna sudu tersebut apatah lagi ada pendapat mengatakan ianya dari hadis dan sebagainya. Mungkin kurangnya penelitian dan penyelidikan dari sudut teknologi dan agama menyebabkan ramai pengguna hanya menerima sahaja pandangan dari penjual madu yang kurang maklumat. Begitu juga banyak hadis-hadis palsu yang bertebaran mengenai khasiat madu walaupun tidak kurang banyaknya dengan yang sahih. Di negara maju, analisa yang dibuat menunjukkan kaedah penyimpanan yang paling selamat bagi madu adalah dengan menggunakan kaca dan "stainless steel".
  6. Madu yang diletakkan di piring putih bersama air kemudian air digerakkan dengan arah pusingan, maka akan terhasil seolah-olah sarang lebah "hexagon": Wallahhu'aklam, menurut pemerhatian bentuk yang kelihatan bersegi seperti sarang lebah tersebut adalah disebabkan pengaruh kelikatan/kepekatan madu yang terkena pusingan air lalu menjadikannya bersegi seperti hexagon dan pentagon. Ini kerana jika madu tersebut digantikan dengan cecair yang pekatnya sama seperti madu contohnya shampoo ianya juga menunjukkan keadaan bersegi yang sama.

Maka ini adalah ujian yang dicadangkan oleh orang yang berpengalaman:
  1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu.
  2. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu.
  3. Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari intitusi yang diiktiraf (seperti jabatan pertanian) untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  4. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama seperti madu didalam kemasan botol dan ada kesan propolis pada botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan lebih seminggu).
  5. Ujian menggunakan api. Setengah sudu besar madu diletakkan didalam sudu lalu dibakar di atas api lilin, apabila buih-buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

Walaubagaimanapun, madu asli mempunyai beberapa karakteristik fizik yang tidak dapat dipalsukan antaranya:
  1. Pesongan Optik: Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi.
  2. Higroskopik: Madu asli bersifat menyerap air, jika madu asli dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembapan udara tinggi (High humidity) maka madu akan bertambah cair.
  3. Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.
  4. Sifat-sifat madu yang umumnya dipalsukan adalah: sifat madu yang dapat membuat telur masak, tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digoncang mengeluarkan gas.
  5. Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan Diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Kerana enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kalenjar ludah atau air liur lebah. Namun hanya ujian makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!!! Pastikan produk madu di pasaran yang anda beli melalui ujian ketulenan dari institusi yang diiktiraf.

Tonton video perbezaan madu asli dengan yang tiruan:


Yer itu saja perkongsian saya dengan anda semua pada hari ini. Semoga kita semua dapat menikmati kurniaan Allah ini dengan selamat dan terjamin.

P/S: Madu kelulut yang dijual oleh saya adalah 100% original kerana saya sendiri mengambil daripada tempat penternakan. Boleh digunakan tanpa was-was. :)



3 ulasan:

  1. Terima kasih. Memang sangat lengkap tuan senaraikan mitos-mitos tersebut sebab selalu di dengar dan sangat banyak yang percayakan mitos ni walhal tak sahih dan tiada bukti saintifik.

    BalasPadam