Rabu, 5 Februari 2014



KHASIAT MADU KELULUT

Ramai lagi antara masyarakat kita masih belum mengetahui khasiat madu lebah kelulut. Betapa sayangnya jika kita tidak menggunakan kurniaan Allah S.W.T ini sebagai ubat - ubatan atau amalan seharian dalam hidup kita sebagaimana sabda - sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesiapa menjilat/minum madu tiga(3) pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat." (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


"Syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas."(Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)
"Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran" (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)
Di dalam Al-Quran juga terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: 
“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
&
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
Madu lebah kelulut mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh menggunakan madu kelulut adalah:
  1. Diabetis Mellitus (kencing manis)
  2. Strok
  3. Kanser
  4. Hipertension/Darah tinggi
  5. Gout
  6. Sakit-sakit sendi
  7. Menguatkan tenaga batin
  8. Anti penuaan (awet muda)
  9. Jerawat
  10. Kudis/Kurap/Penyakit kulit
  11. Meningkatkan metabolisma badan, menguatkan wanita yang baru bersalin
  12. Memulihkan kecederaan dalaman
  13. Hepatitis (hati)
  14. Batu karang
  15. Penyakit lelah
  16. Sakit kerongkong
  17. Selesema
  18. Batuk
  19. Ulser
Kajian dari Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan iaitu Prof Dr Siti Amrah Sulaiman berkata madu lebah kelulut mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
"Melalui hasil penyelidikan itu, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi, membekalkan nutrien, dan melindungi serta menyihatkan bahagian dalaman badan," katanya ketika dihubungi Berita kampus. Link: http://www.beritakampus.usm.my

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah. Link: http://www.utusan.com.my

Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang terbukti bahawa madu kelulut adalah mempunyai banyak khasiat. Akhir kata terpulang la kepada kita sebagai manusia untuk menggunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah S.W.T ini.


P/S: Kita merancang, Allah menentukan (Insya'Allah) :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan